Selasa, 24 Disember 2024

Penyakit Yang Wajib Dihindari Agamawan

 

PENYAKIT (BUKAN JASADI) YANG WAJIB DIHINDARI AGAMAWAN

Bukan suatu yang dapat ditutup lagi, mutakhir ini kita dapat melihat pelbagai dialog, perdebatan, sanggah menyanggah yang berlaku di antara agamawan. Baik di pihak ini mahupun di pihak itu. Baik yang melawan, dan yang dilawan. Makin rencam dan jelik apabila dilihat oleh orang awam. Bahkan dilihat sangat dahsyat perbalahan yang berlaku di kalangan mereka, demi menengakkan apa yang dirasakan benar pada masing-masing pihak. Namun dari suatu sudut, penulis berfikir, kenapa perkara ini berlaku? Banyak faktor. Dan apabila direnungkan, mungkin sudah memang sampai satu fasa dan masanya untuk berlaku pun. "It's part of the process". Sebab, keterbukaan media sosial dan internet membolehkan maklumat itu diperolehi, dibandingkan dengan pantas sekali. "It's almost like unevitable". Saya pencinta sejarah. Kadang baca sejarah Islam banyak peristiwa sedih. Sehingga saya bertanya kepada diri sendiri, "mengapa ianya berlaku?" Tetapi saya semakin merasakan, ia berlaku kerana ia sudah dijadikan untuk berlaku. "It's happens because it needs to be happening" Bukanlah nak menyalahkan takdir, tetapi lebih kepada keadaan itu sudah menjadi sunnatullah untuk berlaku. Mungkin asbab ini jugalah yang menjadi punca mengapa nampak perbalahan antara agamawan umpama tak dapat dibendung lagi. Walaubagaimanapun, pastinya sebagai orang yang masih belajar, ianya sangat menjengkelkan melihat gelagat agamawan yang masing-masing tidak mahu beralah. Is it a bad thing? Adakah ianya satu benda yang buruk? Atau...ada hikmah di sebaliknya? Tapi tak mengapa, "there's always silver lining" dan "blessings in disguise" bila mana perbalahan tersebut menjadikan kita juga BERFIKIR, ANALITIKAL dan dapat memperolehi banyak maklumat-maklumat yang telah diringkaskan kepada kita.

Apapun, dipihak manapun, adalah diharapkan agar agamawan-agamawan tidak terkena dengan penyakit-penyakit yang berpunca daripada rohani ini sehinggalah tenggelam dari matlamat asal. Di sini saya senaraikan penyakit-penyakit (bukan jasadi) yang WAJIB DIHINDARI oleh AGAMAWAN.

1. Asal ada dalam kitab

2. Paksa dalil untuk justifikasikan pandangan aliran

3. Mughalatah (مغالطة) falasi demi kepentingan aliran. Mantik habis tersasar

4. Membuka 'floodgate' /fath al Zarai demi kepentingan aliran

5. Mendiamkan kebejatan dan kesalahan sepihak dengan aliran sedangkan jelas percanggahan

6. Mempergunakan kaedah/usul yang 'ikut dan' atau 'cuci' atau 'shopping fatwa' bagi justifikasi pandangan sealiran walaupun hujahnya rapuh

7. Menggunakan cara yang mengelirukan kepada teknikal, istilah, jargon, sama prinsip seperti: if you can't convinced them, confuse them

8. Tadlis, mempersembahkan penghujahan yang panjang lebar, dihiasi dengan jargon-jargon yang sengaja dibuat untuk sukarkan orang awam faham demi justifikasi hujah aliran (smokescreen)

9. Menggunakan tafsiran atau takwilan yang janggal, asing, pelik dan diselimuti dengan nama Arab yang nampak Islamik dan abshah, majhul agar boleh istidlal dan membenarkan amalan pelik, janggal

10. Muharrif. Meletakkan sesuatu dakwaan kepada fulan yang tidak disebutkan pun oleh tuan badannya secara sahih.

11. Taksub buta. Mengambil kata²/pandangan masyaikh² mereka tanpa ada melalui pertimbangan penaakulan yang logikal, jujur dan tulus. Walaupun syeikh dia cakap tak betul, but doesn't matter. My syaikh is holier than thou.

12. Kitmān. Menyembunyikan kebenaran, mereka tahu yang benar, tetapi kerana 'for greater good' mereka tak bersuara walaupun nampak kepincangan dan kesalahan sepihaknya.

13. Jenayah agama/jenayah ilmiah. Sebagai contoh menghukum sesuatu darjat hadis mengikut kehendak aliran tanpa mengikut pandangan ulama muktabar dan metode yang jujur.

Memang benar, manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Itu perkara biasa dan adat bagi insan. Namun, jika mengeksploitasi agama demi kepentingan dunia, itu sudah terdapat simptom penyakit rohani yang terkena walaupun ke atas seorang yang dikatakan agamawan. Apapun, kita sama-sama perlu berdoa agar sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah swt. Dan semoga kita terhindar dari penyakit-penyakit seperti di atas. Moga Allah swt mengampuni kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persoalan Tentang Kematian: Kematian yang dilupakan

  KEMATIAN YANG DILUPAKAN Saya mempunyai satu soalan yang telah lama terbuku di dalam hati. Atau mungkin saya tak ketahui kepada si...