Rabu, 25 Disember 2024

Persoalan Tentang Kematian: Kematian yang dilupakan

 

KEMATIAN YANG DILUPAKAN

Saya mempunyai satu soalan yang telah lama terbuku di dalam hati. Atau mungkin saya tak ketahui kepada siapa yang saya boleh tanyakan dan dapat jawapan yang memuaskan. Namun, saya masih belum ketemu jawapan yang tuntas, atau jawapan yang dapat menteteramkan jiwa. Iaitu tentang soal kematian. Ya, benar sebagai Muslim kita mengetahui bahawa kematian itu adalah pasti. Hal ini jelas disebutkan di dalam al-Quran dan realitinya begitu. Akan tetapi saya punyai satu soalan iaitu apa makna kematian itu sendiri? Apa makna yang diberikan oleh kematian itu. Baik, saya fikir mungkin akan ada jawapan bagi persoalan ini. Walaubagaimanapun, soalan yang benar-benar saya terpanggil untuk tahu jawapannya adalah apa makna yang dapat dibawa dari kematian? Atau lebih spesifik begini:

Saya sangat suka membaca buku-buku sejarah, khususnya sejarah Islam (tarikh al-Islamiy). Banyak peristiwa-peristiwa yang sangat menakjubkan. Namun, TIDAK sedikit juga peristiwa-peristiwa atau kisah-kisah tragedi dan sedih MENIMPA UMAT ISLAM. Antaranya adalah berlakunya KEMATIAN/Matinya ramai insan. Hilangnya banyak nyawa. Sebagai contoh apa yang berlaku dahulu di Andalus, sewaktu Reconquista, umat Islam di Sicily, bahkan saya ada terbaca catatan, rentetan kejatuhan Andalus, hijrah ke Pulau Crete (saya yakin anda pun mungkin tak pernah dengar), dibantai pula sehingga ada yang disiat kulit dan dijadikan sasaran latihan memanah. Memang brutal dan tragis. Mutakhir ini pun, kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Gaza bagaimana banyak nyawa 40k+ yang telah terkorban. Kematian-kematian ini, orang lupakan, bahkan ADA YANG TIDAK DIKETAHUI PUN. Di sinilah timbulnya persoalan dalam diri saya, bagaimana Islam melihat kematian-kematian ini? Kematian yang dilupakan dan tidak diketahui? Kematian yang disebabkan tangan-tangan manusia (man-made calamity). Apa yang harus kita buat dengan peristiwa-peristiwa ini dan kematian-kematian ini? Apa makna yang dibawa pada kematian-kematian ini? Demi Allah, jika ada apa-apa peluang saya akan ajukan soalan ini kepada mana-mana ilmuan yang saya jumpa. Saya masih mencari makna. Apapun, kematian itu pastinya telah tercatat sebagai lembaran taqdir Allah swt. Itu pasti. Saya maklum dengan jawapan ini sebagai taqdir. Saya harap saya temui jawapan yang lebih daripada ungkapan ianya taqdir semata-mata. Saya yakin di sana adanya jawapan dalam Islam pahatkan hikmah padanya. Apapun, semoga ruh mereka-mereka yang terkorban dek kekejaman manusia mendapat pembelaan Allah swt di hari Akhirat dan ditempatkan mereka dalam kalangan para syuhada'.

Ya Hakim, Ya Muntaqim, Ya Ghafururrahim

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Memberi Pembalasan dan Allah Maha Pengampun

Selasa, 24 Disember 2024

Penyakit Yang Wajib Dihindari Agamawan

 

PENYAKIT (BUKAN JASADI) YANG WAJIB DIHINDARI AGAMAWAN

Bukan suatu yang dapat ditutup lagi, mutakhir ini kita dapat melihat pelbagai dialog, perdebatan, sanggah menyanggah yang berlaku di antara agamawan. Baik di pihak ini mahupun di pihak itu. Baik yang melawan, dan yang dilawan. Makin rencam dan jelik apabila dilihat oleh orang awam. Bahkan dilihat sangat dahsyat perbalahan yang berlaku di kalangan mereka, demi menengakkan apa yang dirasakan benar pada masing-masing pihak. Namun dari suatu sudut, penulis berfikir, kenapa perkara ini berlaku? Banyak faktor. Dan apabila direnungkan, mungkin sudah memang sampai satu fasa dan masanya untuk berlaku pun. "It's part of the process". Sebab, keterbukaan media sosial dan internet membolehkan maklumat itu diperolehi, dibandingkan dengan pantas sekali. "It's almost like unevitable". Saya pencinta sejarah. Kadang baca sejarah Islam banyak peristiwa sedih. Sehingga saya bertanya kepada diri sendiri, "mengapa ianya berlaku?" Tetapi saya semakin merasakan, ia berlaku kerana ia sudah dijadikan untuk berlaku. "It's happens because it needs to be happening" Bukanlah nak menyalahkan takdir, tetapi lebih kepada keadaan itu sudah menjadi sunnatullah untuk berlaku. Mungkin asbab ini jugalah yang menjadi punca mengapa nampak perbalahan antara agamawan umpama tak dapat dibendung lagi. Walaubagaimanapun, pastinya sebagai orang yang masih belajar, ianya sangat menjengkelkan melihat gelagat agamawan yang masing-masing tidak mahu beralah. Is it a bad thing? Adakah ianya satu benda yang buruk? Atau...ada hikmah di sebaliknya? Tapi tak mengapa, "there's always silver lining" dan "blessings in disguise" bila mana perbalahan tersebut menjadikan kita juga BERFIKIR, ANALITIKAL dan dapat memperolehi banyak maklumat-maklumat yang telah diringkaskan kepada kita.

Apapun, dipihak manapun, adalah diharapkan agar agamawan-agamawan tidak terkena dengan penyakit-penyakit yang berpunca daripada rohani ini sehinggalah tenggelam dari matlamat asal. Di sini saya senaraikan penyakit-penyakit (bukan jasadi) yang WAJIB DIHINDARI oleh AGAMAWAN.

1. Asal ada dalam kitab

2. Paksa dalil untuk justifikasikan pandangan aliran

3. Mughalatah (مغالطة) falasi demi kepentingan aliran. Mantik habis tersasar

4. Membuka 'floodgate' /fath al Zarai demi kepentingan aliran

5. Mendiamkan kebejatan dan kesalahan sepihak dengan aliran sedangkan jelas percanggahan

6. Mempergunakan kaedah/usul yang 'ikut dan' atau 'cuci' atau 'shopping fatwa' bagi justifikasi pandangan sealiran walaupun hujahnya rapuh

7. Menggunakan cara yang mengelirukan kepada teknikal, istilah, jargon, sama prinsip seperti: if you can't convinced them, confuse them

8. Tadlis, mempersembahkan penghujahan yang panjang lebar, dihiasi dengan jargon-jargon yang sengaja dibuat untuk sukarkan orang awam faham demi justifikasi hujah aliran (smokescreen)

9. Menggunakan tafsiran atau takwilan yang janggal, asing, pelik dan diselimuti dengan nama Arab yang nampak Islamik dan abshah, majhul agar boleh istidlal dan membenarkan amalan pelik, janggal

10. Muharrif. Meletakkan sesuatu dakwaan kepada fulan yang tidak disebutkan pun oleh tuan badannya secara sahih.

11. Taksub buta. Mengambil kata²/pandangan masyaikh² mereka tanpa ada melalui pertimbangan penaakulan yang logikal, jujur dan tulus. Walaupun syeikh dia cakap tak betul, but doesn't matter. My syaikh is holier than thou.

12. Kitmān. Menyembunyikan kebenaran, mereka tahu yang benar, tetapi kerana 'for greater good' mereka tak bersuara walaupun nampak kepincangan dan kesalahan sepihaknya.

13. Jenayah agama/jenayah ilmiah. Sebagai contoh menghukum sesuatu darjat hadis mengikut kehendak aliran tanpa mengikut pandangan ulama muktabar dan metode yang jujur.

Memang benar, manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Itu perkara biasa dan adat bagi insan. Namun, jika mengeksploitasi agama demi kepentingan dunia, itu sudah terdapat simptom penyakit rohani yang terkena walaupun ke atas seorang yang dikatakan agamawan. Apapun, kita sama-sama perlu berdoa agar sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah swt. Dan semoga kita terhindar dari penyakit-penyakit seperti di atas. Moga Allah swt mengampuni kita semua.

Isnin, 23 Disember 2024

 

CORETAN MENGENAI KEBENARAN

Jika kita mempelajari falsafah, kita akan dapati bahawa naluri manusia adalah ingin mencari kebenaran atau hakikat. Namun, bergantung kepada 'pandangan alam' yang mendasari kepada cara fikir manusia itu, ia akan membentuk konseptualisasi kepada 'kebenaran' yang akhirnya menjadi insan itu tetap, dan sejahtera. Walaubagaimanapun, di sini penulis tidak berhajat untuk berfalsafah, hanya sekadar pandangan peribadi mengenai bentuk-bentuk atau ciri-ciri kebenaran yang dihadapi sepanjang kehidupan ini.

Pertama adalah, KEBENARAN itu dilihat sebagai suatu yang TETAP dan menjadi satu matlamat. Sewaktu kita membesar, masuk sekolah dan sebagainya kita rasakan bahawa apa yang diajarkan itu sangat ideal, dan inilah kebenaran, dan memasang impian agar kesempurnaan dikecapi untuk mencapainya. Kerana waktu itu masih belum mampu menongkah arus badai, tetapi mempersiapkan diri.

KEDUA adalah, KEBENARAN itu dilihat sebagai sesuatu yang KABUR dan SAMAR. Bukanlah di sini bermaksud kebenaran itu hilang atau tiada cuma, terselindung atau dikaburi dengan berbagai argumentasi. Bila kita masuk universiti, atau ke peringkat pengajian yang lebih tinggi kita dapati terlalu banyak penghujahan, argumentasi, yang sangat sengit sehingga kita pun sukar untuk menapis (tanqih) dan menilai (tarjih) manakah yang benar. Itu belum lagi ditambah rencam oleh mudallis (gangguan jargon) yang mengacau-bilau kefahaman. Ia semacam semua orang adalah BENAR. Saya BENAR. Dia BENAR. SEMUA ORANG benar. KEBENARAN itu RELATIF.

Kemudian, datang pula KETIGA, iaitu fasa di mana dirasakan bahawa KEBENARAN itu BEBAN, SIKSA dan AZAB. Maksudnya di sini adalah kebenaran itu tampak, namun ianya menjadi beban kepada hidup bila mana ditegakkan. Kita mengetahui sesuatu itu benar, namun acapkali kebenaran ditegakkan, fulan itu akan menerima tekanan besar dalam hidup. Lihat sahaja seperti yang berlaku di Gaza. Sesiapa yang mengatakan kebenaran, iaitu menyatakan 'yang dikatakan negara itu', pastinya akan dipulau, ditekan dan dikenakan seribu satu ancaman. KEBENARAN=BEBANAN. Mungkin kerana inilah tidak ramai orang sanggup untuk berjuang, menegakkan kebenaran. Dan mungkin ini jugalah, apa yang dihadapi oleh ulama-ulama terdahulu yang sanggup bertarung nyawa demi menegakkan yang haq.

Apapun, sebagai Muslim, kita dianjurkan senantiasa berdoa agar Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita hinggalah ke akhirnya. Di zaman pasca-moden ini atau mungkin ada istilah lain yang lebih tepat dari itu (untuk gambarkan corak pemikiran kini) kebenaran itu makin kabur, dan yang pastinya inilah dikatakan sebagai akhir zaman.

Rabu, 12 Januari 2022

Pascafikir dan tahun baharu

Secara serius, ini penulisan pertama untuk tahun ini. Memandangkan masih lagi dalam bulan Januari, den ghaso masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baharu. (hehe) 

Ok, dalam penulisan ini, den nak tulis sedikit pandangan terhadap pemikiran. Kritikan pun ada sikit, hehe. Bukan apa, sebab memerhati, kemudian terfikir. Kalau tak tulis, nanti lupa, dan hilang begitu sahaja...sayang. Kot boleh polish boleh jadi satu artikel yang berimpak tinggi (boleh kejar ranking woo). Haha. Manalah tahu, boleh tembus tabloid tempatan. Woha. Bisa mengubah masharakat ke arah lebih baik. (Selalu orang kata, jangan ubah duniaa...)

Arakian, 

Di sini den nak kritik sedikit tentang pemikiran. Dan kajian tentang pemikiran. Kita sudah pun mengecapi tahun 2022. Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt, masih diberi lagi kesempatan untuk bertaubat. 

Akhir-akhir ini kita dapat lihat pemikiran yang melanda manusia khususnya masyarakat berlaku perubahan. Pandemik, banjir kilat 2022, politik, geopolitik, polemik agama, benar-benar membekas dalam corak (pattern) pemikiran manusia. Ku hanya pemerhati, menilai dari mata hati. Maafkan hamba, andai tuan hamba ada tidak bersetuju.  

Pascamoden. 

Dalam kerangka falsafah (barat), sekarang ini dipanggil zaman pascamoden. Jean-Francois Leotard antara pemikir yang dikaitkan dengan pemikiran pascamodenisme ini. Kalau dengar perbincangan mana-mana circle yang mengaitkan dengan Islamisasi, biasanya meletakkan pemikiran pascamodenisme ini sebagai suatu ancaman pemikiran. Cabaran pemikiran. Serangan pemikiran masa kini. Digambarkan secara pukal, bahawa pascamodenisme ini antaranya mengimani kepada relativisme, iaitu suatu fahaman yang filosofikal yang mengatakan bahawa kebenaran adalah bersifat relatif; atau dengan kata lain, tiada kebenaran hakiki atau no objective truth. Namun, apakah realiti tersebut berlaku dalam masyarakat/umat Islam di Malaysia khususnya? Apakah adanya kesan atau corak pascamodenisme ini benar-benar terjadi pada masyarakat umat Islam Malaysia? Ataupun kondisi pascamoden (postmodern conditions) kita di Malaysia berbeza sama sekali dengan gambaran pascamoden ahli falsafah barat yang dicanangkan? (Sebab saya rasa tak sama...) Haha...banyakkan persoalan... (minda simplistik: "buat apa nak fikir, pum pang pum pang camtu gak..." kata seorang troll.) Hehe...biyor le...ate dah teman suke memikior...

Sebelum kita kupas dan kritik pascamodenisme ini...mungkin boleh fokus sekejap kepada condition atau simtom pemikiran yang muncul dulu. 

Jadi, saya (penulis) blog ini, menggunakan istilah lainlah yang mewakili x=pemikiran masyarkat Malaysia/umat Islam dalam era pascamoden sebagai, x=pemikiran pascafikir. Haha, saja nak buat style matematik sikit. So, instead of postmodern, saya akan merujuk kepada istilah pascafikir sebagai alternatif kepada pascamoden. 

Pascafikir:                         x=pemikiran masyarakat era pascamoden 

Jadi, apa masalah pemikiran yang melanda masyarakat sekarang ini? 

Fuh, banyak. 

Saya senaraikan dahululah, sebab nanti boleh sambung kemudian :) Yang mana sempat nak ditulis, kita tulis dahulu. 

1. Tentang kebenaran. (Bukan tentang papa-zola ya.) 
2. Tentang agama.
3. Tentang etika dan kompas moral. 
4. Tentang sistem.
5. Tentang budaya. 
6. Tentang kejuruteraan masyarakat. 
7. Tentang sikap. 
8. Tentang media sosial. 
9. Tentang 'negativity bias' dan 'conformation bias' 

1. Tentang Kebenaran

Menelurusi hidup ini, insan, pastinya sesuatu yang dicari adalah tentang hakikat kehidupan. Hakikat bermaksud apa yang benar, dan kebenaran yang dicapai akan melegakan jiwa insan yang kusut mencari-cari erti kehidupan. Dalam bahasa Inggeris, kita panggil sebagai meaning; iaitu mencari erti hidup, dan erti hidup yang sebenar adalah disingkap dari hakikat kewujudan; the truth.  Menurut falsafah pascamodenisme, kewujudan adalah relatif serta tiadanya hakikat kebenaran yang tetap. Masing-masing mempunyai pendapat, dan tiada satupun yang boleh mendakwa mereka di pihak yang benar (secara hakikat). Sesiapapun, jika mengemukakan sesuatu boleh jadi benar kerana masing-masing dari kita ada justifikasinya. (Bunyi macam ok lah kan? So, apa masalahnya sekarang? hehe  :) 

....bersambung

Ahad, 3 Disember 2017

Viva Tips 1

Greetings, everyone.... Really hope that everyone is in a good spirit...
I would like to share my slide for my PhD viva. It was more than 2 years ago, but I didn't give it much thought as I felt that there's nothing special about it...
until recently, a friend who is about to do her viva asked to see my viva slide... and told me how helpful it is to her.
I think most students make a bigggg mistake in pesenting info in their slides. powerpoint is supposed to be 'pointy' NOT 'texty'... but most present their slide in such a texty manner... sentence by sentences... in small writing that they bore the examiners and the chair person. they have read your thesis, so don't copy your thesis in your slide.
so, please don't do this in your slide. Let it be concise and compact and indirectly convince the examiners that it really is a piece of your own work. keep it to short and do not exceed the time limit.
I presented mine in exactly 20 mins, that the chairperson even congratulated me for the exact timing. and I didn't bore them with small fonts and texty slide. but summarize my background, gap, prob statement, LR into only 1 slide.
pls refer to the attached pictures. And if you find it helpful, then pls share it as often as you like.
p/s: I do not attach all slides here. Pls note that I started with my presentation outline...
then in the following slide, I summarized my chapter 1 and 2, elaborating on why I chose this topic, what's going on regarding the issue now that lead to the gap and ended with the prob statement. U really have to know what you are doing, then you can put the 2 chapters in only 1 slide.
Then I gave the definition of what is the main issue that I am studying... followed by the research objectives and my framework.
the next slide summarized my methodology...
*****not shown here are my results of the analysis.
then, how I summarized the objective, the result and the discussion... followed by the significance of the study.
so, that's it... hope it may help some of you.
Good luck with your journey... however bitter it could be at times, but you can still smell and feel its sweetness.

Source: Fb Doctorate Support Group









Soalan Viva Voce Bhg 1

SOALAN VIVA VOCE
1. What is the topic of your research area?
Pengulangan jenayah dalam kalangan bekas banduan
2. What is your study about?
Mengenalpasti faktor faktor yg membawa kepada pengulangan dan pemberhentian dari jenayah
3. What made you think that your study is worth doing?
Kadar pengulangan jenayah yang sentiasa berlaku setiap hari. Impian kejayaan untuk memulihkan bekas banduan setiap kali dibebaskan ternyata gagal. Maka keperluan sebuah kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti faktor yang membawa kepada pengulangan jenayah. Hasil dapatan digunakan dalam merekabentuk sebuah program yang cuba membantu bekas banduan berintegrasi dengan baik. Kejayaan memulihkan bekas banduan adalah satu usaha yang tidak berharga.
4. What is the main problem / issue are you going to tackle?
kadar pengulangan jenayah dengan cuba memenuhi keperluan dan mengatasi cabaran bekas banduan setiap kali dibebaskan
5. What is the main debates related to the problem/issue?
Jumlah pengulangan yang berlaku setiap tahun
6. What is the current debates related to the problem/issue?
Kegagalan bekas banduan berintegrasi setiap kali dibebaskan
7. Generally, what the literature says about the problem / issue?
Terdapat faktor faktor risiko seperti ketiadaan tempat tinggal, penolakan keluarga, diskriminasi masyarakat, pengaruh rakan yang membawa kepada pengulangan jenayah. Manakala bagi pemberhentian dari jenayah, terdapat faktor seperti dalaman dan luaran iaitu penerimaan keluarga, mempunyai pendapatan yang sah dan sebagainya
8. How are you going to tackle the problem / issue?
Saya telah mencadangkan sebuah program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan dalam membantu memenuhi setiap keperluan bekas banduan yang dihadapi. Kejayaan memenuhi keperluan mereka dapat cuba mengurangkan kecederungan untuk mengulangi semula jenayah lama.
9. What is the contribution (to the body of knowledge) of your study in your field?
Dapatan saya telah membawa kepada cadangan pembentukan program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan. Kedua sy telah mengenalpasti berlakunya penghijrahan dan penumpuan bekas banduan di suatu tempat yang sama. Saya telah menulis artikel tersebut dan terbitkan di geografia untuk terbitan bulan 12
10. What are the main problem statement for your study?
Kegagalan bekas banduan berintegrasi sehingga membawa kepada pengulangan jenayah. Namun terdapat yang berjaya mengelakkan diri dari jenayah. Apa yang membuatkan seorang itu gagal berintegrasi dan berjaya berintegrasi.
11. What is your expected finding before starting your study?
12. How did you review previous studies?
Dengan mengunakan literature review. Saya membandingkan faktor faktor risiko yang membawa kepada pengulangan jenayah dan faktor faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada pengelakkan jenayah
13. Who is the main authors / experts / leading researcher in the area of your investigation?
Farral, maruna, laub dan sampson
14. Can you mention 3 main journals you have reviewed related to your field?
Laub and sampson - understanding the desistance of crime
Laub and sampson - turning point in the life course
Sampson and laub - crime in the making
15. Now, can you mention the title of your study
Program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan berasaskan komuniti buat bekas banduan
16. What is the ‘novel’ / "original' aspect of your study?
Menjumpai faktor yang membawa kepada penghijrahan dan penumpuan bekas banduan
17. What are the variables involved in your study, and why you decided to choose them?
Kadar pemenjaraan yang telah dilalui. Bagi menentukan pengulangan jenayah yang dilakukan
18. Briefly explain the theoretical / conceptual framework underpinnings your study?
Teori pengkelasan umur untuk kawalan sosial tidak formal. Setiap kelas umur, terdapat institut yang hadir yang mempengaruhi pembentukan kawalan sosial tidak formal. Begitu dengan bekas banduan, terdapat institut dan trajektori yang hadir dalam menentukan kawalan sosial sama ada mengelakkan diri atau mengulangi jenayah. Institut yang dikenalpasti seperti keluarga, masyarakat, rakan rakan, pekerjaan yang menentukan kawalan sosial yang terbentuk. Kawalan sosial yang rendah membawa trajektori yang ke arah negatif iaitu menjurus kepada pengulangan jenayah
19. What is the research design of you study? Why used quantitative not qualitative or not mixed method (or vice versa)
Kualitatif
20. What instrument are you going to use – pilot test, validity and reliability?
Validity and realibility iaitu menerusi transkrip. transkrip telah dibentuk dari literature review dan mendapat semakan dari dua expert
21. How did you analyse your data?
Software Atlas
22. How the statistical analysis used in your study appropriate to answer your research questions?
NOT RELATED
23. Have you tested all the assumption related to your data?
NOT RELATED
24. How did you get your sample? What is your sampling technique?
Purposive sampling and snowball
25. How far can you generalise the finding?
Kajian ini boleh digunakan sebagai pilot research yang memerlukan kajian yang lebih ekstensif dan lebih luas. Kajian yang advanced dengan mendapatkan jumlah sampel yang lebih besar. Buat masa sekarang, kajian saya sebagai awareness kepada pihak di atas seperti jabatan penjara malaysia, ngo dan pembuat polisi bahawa kajian ini penting. Saya telah mengumpul dapatan dan mencadangkan program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan sebagai contoh untuk rangka polisi mereka.
26. Can you summarize the main finding of your study?
Kajian ini telah menemui 8 faktor yang menentukan sama ada seseorang itu cenderung mengulangi jenayah; sama ada mempunyai tempat tinggal atau tidak, sama ada ditolak atau diterima keluarga, sama ada menganggur atau bekerja yang sah, sama ada dikelilingi rakan yang positif atau senasib, sama ada didiskriminasi atau diterima oleh masyarakat, sama ada bebas dadah atau masih dipengaruhi dadah dan sama ada sihat tubuh badan atau hidapi penyakit.
27. Is there any direct impact in term of the practical implication of the finding?
28. Are you satisfied with the outcome of your study – If not, how could you improve your study / procedure / framework?
Saya berpuas hati. Sekiranya saya diberi peluang untuk mengulangi dari awal semula, saya akan buat perkara yang sama. Malahan saya boleh dengan lebih cepat.
29. What aspects of your methodology differ from others?
30. Have you faced any difficulty in conducting your study, and how did you overcome it?
Dari segi mendapat kebenaran sistem penjara malaysia untuk menjalankan kajian.
31. What is the best advice or recommendation can you give to the future candidate related to this topic?
Memastikan sample dapat diperolehi. Memastikan tempat yang ingin dijadikan lokasi penyelidikan boleh mendapat kebenaran. Hal ini kajian bersifat sistem keadilan jenayah agak sukar mendapat kebenaran akibat birokrasi yang sungguh ketat. Maka, penyelidik perlu pastikan mereka boleh dapat kebenaran.
32. Can you now consider yourself as an expert in this field? Why?
Yes. Dalam bidang pemulihan jenayah. Saya tidak melihat diri saya sebagai expert dalam bidang kriminologi mahupun
33. Why do you think that your thesis has achieved the PhD /Master standard / level?

Persoalan Tentang Kematian: Kematian yang dilupakan

  KEMATIAN YANG DILUPAKAN Saya mempunyai satu soalan yang telah lama terbuku di dalam hati. Atau mungkin saya tak ketahui kepada si...