Selasa, 7 Disember 2010

Perubatan Islam

Islamic Medicine atau Perubatan Islam adalah merujuk kepada sistem perubatan, yang mana di konseptualkan dan digunapakai oleh orang-orang Muslim yang berbagai-bagai bangsa dan keturunan yang berbeza, khususnya pada zaman kegemilangan Islam. Asas utama Perubatan Islam adalah prinsip-prinsip agama Islam itu sendiri.


Ia merupakan hasil pemikiran Muslim-muslim hebat dan terbaik dalam komuniti Muslim dalam mensahihkan worldview Islam di mana tuhan, manusia, alam, adalah berkait rapat di antara satu sama lain secara harmoni. Semestinya, perubatan Islam merupakan salah satu manifestasi kebudayaan terpenting dalam asprk spiritual, moral, nilai akhlak Islam.


Dalam budaya Islam, perubatan dilihat sebagai sains dan juga seni. Ibnu Sina, dalam karyanya, The Canon of Medicine, menyatakan bahawa sains perubatan adalah "cabang pengetahuan yang menumpukan pada tahap kesihatan dan penyakit dalam badan manusia, dan bertujuan untuk menyediakan cara yang terbaik untuk mengekalkan dan mengembalikan kesihatan."


Maka, dapat disimpulkan bahawa konsep sains perubatan adalah konsep kesihatan dan penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pascafikir dan tahun baharu

Secara serius, ini penulisan pertama untuk tahun ini. Memandangkan masih lagi dalam bulan Januari, den ghaso masih tidak terlambat lagi untu...