Selasa, 7 Disember 2010

Perubatan Islam

Islamic Medicine atau Perubatan Islam adalah merujuk kepada sistem perubatan, yang mana di konseptualkan dan digunapakai oleh orang-orang Muslim yang berbagai-bagai bangsa dan keturunan yang berbeza, khususnya pada zaman kegemilangan Islam. Asas utama Perubatan Islam adalah prinsip-prinsip agama Islam itu sendiri.


Ia merupakan hasil pemikiran Muslim-muslim hebat dan terbaik dalam komuniti Muslim dalam mensahihkan worldview Islam di mana tuhan, manusia, alam, adalah berkait rapat di antara satu sama lain secara harmoni. Semestinya, perubatan Islam merupakan salah satu manifestasi kebudayaan terpenting dalam asprk spiritual, moral, nilai akhlak Islam.


Dalam budaya Islam, perubatan dilihat sebagai sains dan juga seni. Ibnu Sina, dalam karyanya, The Canon of Medicine, menyatakan bahawa sains perubatan adalah "cabang pengetahuan yang menumpukan pada tahap kesihatan dan penyakit dalam badan manusia, dan bertujuan untuk menyediakan cara yang terbaik untuk mengekalkan dan mengembalikan kesihatan."


Maka, dapat disimpulkan bahawa konsep sains perubatan adalah konsep kesihatan dan penyakit.

Sabtu, 4 Disember 2010

Kultur Tisu

Pengenalan

Kultur tisu adalah kaedah pembiakan tisu atau sel secara berasingan daripada organisma. Biasanya dijalankan dengan bantuan cecair, bahan separa pepejal atau media pembiakan pejal seperti agar. Nama kaedah ini, iaitu, kultur tisu atau Tissue Culture adalah khusus merujuk kepada pengkulturan sel-sel atau tisu haiwan manakala bagi tumbuhan, ia dikenal dengan Plant Tissue Culture atau Pengkulturan Tisu Tumbuhan.


Sel-sel kultur diambil sama ada dari eksplan tisu primer atau ampaian sel. Kultur sel primer biasanya mempunyai jangka hayat yang tetap, manakala kultur continuous cell lines mempunyai keabnormalitian dan mempunyai jangka hayat yang tidak tetap.


"Tissue culture is not a science, but an art involving a wide range of activities and at present it is an indispensable tool in the fields of medical and agricultural sciences."
-Kultur tisu bukanlah sains, tetapi sebuah seni yang melibatkan aktiviti dalam ruang lingkup yang luas dan kini, ia merupakan suatu alat yang tidak dapat dipisahkan dalam bidang perubatan dan sains pertanian.


Jenis-jenis kultur tisu

1. Kultur sel
Tisu dicerai-ceraikan kepada ampaian sel melalui sama ada tindakan enzim atau mekanikal dan dikulturkan sebagai satu lapisan (yang melekat) pada substrat pejal atau ampaian sel.



2. Kultur Eksplan Primer.
Cebisan-cebisan tisu yang disimpan dalam interphase kaca-cecair / plastik-cecair dan pemindahannya digalakkan. Daripada sel-sel ini pengkulturan lanjut dapat dilaksanakan.



3. Kultur Organ.
Dalam pengkulturan ini, organisasi tisu-tisu menjadi organ dipertahankan dan dikultur secara in vitro (dalam tabung uji). Namun organ-organ ini tidak boleh digandakan (dibiakkan).



Jika eksplan mengekalkan struktur dan fungsinya dalam kultur tersebut, maka kultur sedemikian, ia disebut sebagai organotypic. Jika sel dalam kultur menggabung semula untuk membentuk struktur tiga-dimensi, dari sumber apapun, itu disebut sebagai kultur histotypic.



kultur sel yang baru diasingkan disebut kultur primer. Subkultur budaya primer memberikan garis sel. klon adalah kultur sel-sel yang berasal dari satu sel yang melalui proses mitosis dan proses mendapatkan klon ini disebut pengklonan. Dari sel somatik haiwan, haiwan yang lengkap boleh diperolehi melalui proses pengklonan.

Pascafikir dan tahun baharu

Secara serius, ini penulisan pertama untuk tahun ini. Memandangkan masih lagi dalam bulan Januari, den ghaso masih tidak terlambat lagi untu...