Ahad, 28 November 2010

Perencatan Enzim (Enzyme Inhibition)

Perencat enzim (enzyme inhibitor) terbahagi kepada 2 jenis:

1. Irreversible inactivation - iaitu perencat yang menyebabkan enzim hilang keupayaan untuk memangkin. (Rencatan kekal)

2. Reversible - iaitu perencat yang hanya menyebabkan enzim tidak menjalankan fungsinya (selagi ianya bersama dengan enzim tersebut, sebaliknya, enzim berfungsi seperti biasa)

Kita teruskan perbincangan dalam point yang pertama, iaitu Perencat Kekal (IR-singkatan irreversible). Perencat inilah yang dikatakan sebagai 'racun' kerana ia menyebabkan enzim tidak lagi aktif dan mengubah struktur enzim secara kovalen! Ia memburukkan keadaan apabila perubahan ini adalah kekal, dan tidak dapat kembali seperti asal.



Contoh racun paling biasa ialah Cyanide.
Bahaya Cyanide adalah:- merencatkan sepenuhnya enzim cytochrome oxidase mitokondria. Enzim ini penting dalam proses pemindahan elektron. Kehadiran perencat cyanide menyebabkan semua proses yang dijalankan enzim terhenti.


Racun DIFP terhadap enzim

Racun DIFP.
Di-isopropyl-fluoro-phosphate
Merencat enzim acetylcholine esterase.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persoalan Tentang Kematian: Kematian yang dilupakan

  KEMATIAN YANG DILUPAKAN Saya mempunyai satu soalan yang telah lama terbuku di dalam hati. Atau mungkin saya tak ketahui kepada si...