Dalam menghasilkan alga secara besar-besaran, terdapat dua sistem yang utama dikenali sebagai "Clean System" atau "Sistem Bersih" dan "Waste Water System" atau "Sistem Air Kumbahan".
Clean System
- Menggunakan air yang diperkaya dengan pelbagai garaman.
- Ampaian (strain) monokultur alga terpilih di'ternak' di dalam tangki buatan pelbagai saiz.
- Inoculum ditambah ke dalam air tawar yang mengandungi nutrien yang diperlukan bagi mencapai pembesaran optimum untuk setiap ampaian alga.
- Carbon tambahan digunakan bagi meningkatkan tahap pembesaran, begitu juga dengan hasilnya.
- Ketika penuaian, pensterilan diperlukan untuk memecahkan dinding sel (seperti Spirulina)
- Algae yang diambil dari sistem ini mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.
Waste Water System
- Kelebihan dua-dalam-satu, iaitu dapat hasilkan biomass alga disamping merawat air sisa pada masa yang sama.
- Rawatan air sisa kumbahan secara konvensional adalah mahal.
- Amat berguna untuk kitar semula air (kumbahan).
- Biasanya, kumbahan sama ada dari domestik, agrikultur dan industri sudah mempunyai nutrien yang diperlukan alga.
- Alga akan hasilkan oksigen kepada bakteria untuk pecahkan jirim organik dalam air kumbahan disamping mengguna karbon dioksida daripada bakteria.
Terdapat bermacam cara yang berlainan untuk menuai alga. Medium kultur yang tidak dikawal selia dengan baik mungkin akan menyebabkan populasinya berubah dengan sendiri. Bagi meningkatkan pertumbuhan alga, medium (air/kolam) dikocakkan (dengan alat) dan diudarakan (dengan karbon dioksida).
MIKROALGAE
Ahli faikologi (phycologist) telah menetapkan bahawa mana-mana organisma yang punyai
(a) Klorofil a
(b) thallus - yang tidak membeza kepada batang, akar dan daun
adalah dikategorikan sebagai alga. Ia termasuklah cyanobacteria walaupun mereka adalah prokaryotik. Kata 'mikroalga' adalah merujuk kepada alga mikroskopik dan baktria fotosintetik oksgenik.