Selasa, 30 November 2010

Metabolisme Penggunaan Alkohol dalam Badan Manusia

  • Alkohol tidak hanya memberi kesan kepada unsurnya sahaja;
  • Ia dimetabolasikan dalam multi-langkah kepada berbagai-bagai metabolit yang mempunyai kesan biokimia yang tersendiri;
  • Langkah 1: Alkohol ditukarkan kepada Acetaldehyde
  • ADH (alcohol dehydrogenase) sitoplasma mengoksidakan ethanol yang masuk ke dalam badan di dalam hati sebagai acetaldehyde.
  • Langkah 2: Pengoksidaan juga iaitu acetaldehyde kepada acetate. Enzim: acetaldehyde dehydrogenase
  • Acetate kemudiannya memasuki CAC (Kitar Asid Sitrik)
Rumusan:

Penggunaan alkohol (arak) adalah haram di sisi Islam. Namun, alkohol terdiri dari berbagai kumpulan yang berbeda-beda yang setengahnya amat berguna pada manusia. Allah s.w.t telah menurukan ayat pengharaman arak secara beransur-ansur dan tatkala Rasulullah SAW memerintahkan untuk menghentikan tabiat minum arak, para sahabat serta-merta berhenti dari melakukannya malah memusnahkan semua simpanan-simpanan arak sehingga tiada yang berbaki.


Alkohol yang telah masuk kedalam manusia dicernakan bermula dengan 2 langkah pengoksidaan, iaitu yang pertamanya, etanol kepada acetaldehyde dengan bantuan ADH dan acetaldehyde sekali lagi dioksida kepada acetate oleh ALDH. Acetate ini masuk ke CAC untuk tindakan lanjut.


Fakta Tambahan

  • 95% daripada alkohol berjaya ditukar kepada acetate; selebihnya dibuang dalam air kencing dan juga hembusan pernafasan
  • Tanda-tanda penggunaan alkohol: NADH banyak terhasil
  • Ia menggangu CAC dan gluconeogenesis yang membutuhkan NAD+.
  • Acetaldehyde adalah 30 kali lebih TOKSIK berbanding alkohol.
  • acetaldehyde itu sendiri tidak efisi bertukar kepada acetic acid yang menyebabkan kesan ketoksikan dalam badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pascafikir dan tahun baharu

Secara serius, ini penulisan pertama untuk tahun ini. Memandangkan masih lagi dalam bulan Januari, den ghaso masih tidak terlambat lagi untu...